18 Mac 2018 - 18:21
Roket Korea Utara Mampu Menjangkau Eropah

Roket Korea Utara kini dilengkapi dengan senjata nuklear dan mampu menjangkau Jerman hingga ke Eropah tengah, kata pegawai agensi perisikan luar Jerman kepada ahli parlimen negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Roket Korea Utara kini dilengkapi dengan senjata nuklear dan mampu menjangkau Jerman hingga ke Eropah tengah, kata pegawai agensi perisikan luar Jerman kepada ahli parlimen negara itu.

Akhbar Bild am Sonntag dalam laporannya berkata, Timbalan Pengarah BND, Ole Diehl memberitahu ahli parlimen ketika mesyuarat tertutup bahawa penilaian itu 'pasti'.

Pada masa sama, Diehl berkata agensi melihat kepada perbincangan antara Korea Utara dan Korea Selatan sebagai tanda yang positif.

Tidak ada sebarang ulasan lanjut diberikan daripada BND. - Reuters